8 ciri yang paling ketara terdapat pada lelaki penyayang nie. Jadi Mulai hari ini, korang perhatikan lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini yer..hehe..check it out!
1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang. Tak kisah la kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata kortang tengok reaksi diorang bila ada haiwan ni sebagai contoh di kedai makan. Ada kucing datau mengiau kat kaki lelaki tu. Ada yang sepak terajang dan halau kucing tu. Ada pulak yang bercakap dengan kucing tu “kenapa? Lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa..boleh tau ke yang mana penyayang? Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.
2) Suka Kanak-kanak
Lelaki yang suka kanak kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr. Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah cukup mencerminkan dirinya lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suja berhampiran kanak-kanak. Rimas katanya. Tapi kalau lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu tak pasti la, nk tekel akak mesti kena tekel adik dulu kan..hehe..
3) Berat akan orang tuanya
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang kanting mengangkat kain di jemuran. Perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongnya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharapkan balasan.
4) Berat akan adik-adik
- Haa..korang cuba tengok hubungan dia dan adik..INGAT..ADIK..bukan adik beradik.bukan kakak atau abangnya.. Nak tau kenapa? Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil dan sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungan dengan adiknya rapat dan adik-adiknya menyukainya? Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin bermain dengannya..jika ya, maka dia merupakan lelaki yang penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tidak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang.
5) Prihatin Terhadap kawan-kawannya.
- Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. Jika ada yang meminta tolong dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
- Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengoklah bila pasangannya sedang berduka. Pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan mengembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih, dia juga tidak senang hati.
7) Susah Marah
- Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti lewat berjumpa, atau tercalar keretanya. Lelaki yang cepat melenting macam ni korang ati-ati la..
8) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
- Haa..bila korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang di ukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berkelakuan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan kebencian. Ada lelaki yang masam saja mukanya (kalau memang dah azali memang x leh wat apa), senyum tak nak, ditegur buat bodoh je..
(^^)


