"Anak-anakku,pada ketika ini kami telah menjadi tua, lemah, pelupa dan tak bermaya; bersabarlah wahai anak-anakku dan cubalah memahami diri kami..."
"Jika kami makan dan mengotorkan serta kami tidak boleh memakai baju dengan sendirinya; bantulah kami serta ingatlah sewaktu kami memberi makan & memakaikan pakaian kamu ketika kamu masih bayi yang kecil..."
"Jika kami bercakap dengan kamu, kami mengulangi lagi benda yang sama; janganlah kamu tidak memperdulikan kami, tumpukan perhatian kepada kami.Ketika kamu masih kecil kami membaca buku cerita yang sama sehingga kamu tertidur..."
"Jika kami tidak mahu mandi,janganlah kamu memalukan & memarahi kami.Ingatlah ketika kamu kecil,kami menyuruh kamu mandi tetapi kamu memberi pelbagai alasan...namun kami tetap bersabar dengan kerenahmu wahai anak-anakku..."
"Jika ada perkara-perkara baru yang kami tidak tahu,ajarlah kami dengan lemah lembut,ingatlah kami telah banyak mengajar perkara-perkara baru ketika kamu kecil.Kami ajarkan kamu makan dengan cara yang betul,memakai baju dengan betul,bersolat dan mengaji al-Quran..."
"Jika kami tidak mahu makan,janganlah terlalu memaksa kami;kami akan makan bila sampai masanya.Hulurkanlah tangan sewaktu kami tidak mampu berjalan seperti kami pimpin tangan kamu waktu kamu baru mula belajar bertatih & berjalan..."
"Janganlah kamu marah akan keadaan kami kerana suatu hari nanti kamu akan faham keadaan kami.Sedekahkanlah al-fatihah sekiranya kami dialam barzakh.Doakan akan kesejahteraan kami setiap kali selesai solat..."
"Janganlah kamu lupa mengingati kalimah dari sanubari kami ini;
"Kami sayang kamu semua wahai anak-anakku"
Daripada,...ayah & ibu.

